Showing posts with label hadith. Show all posts
Showing posts with label hadith. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Diam!!!

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

 "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". 
(HR: Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". 
(HR:  Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
(HR: At-Tirmizi)

Dari Hind bin Abi Halab r.a ketika menceritakan peribadi Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW; (kerana umatnya) berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun. Baginda selalu diam dan tidak akan berbicara jika tidak perlu. 
(HR Tirmizi)
Diam merupakan kemampuan menahan diri dari beberapa perkara seperti:
  • Diam dari perkataan dusta
  • Diam dari perkataan sia-sia
  • Diam dari komentar spontan dan kasar
  • Diam dari kata yang berlebihan
  • Diam dari keluh kesah
  • Diam dari niat riak dan ujub
  • Diam dari kata yang menyakiti
  • Diam dari berpura-pura tahu dan pintar 

Hikmah DIAM
  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutupi segala aib.

Kata Luqmanul Hakim kepada anaknya; Jikalau berkata-kata itu perak, maka diam itu  adalah emas. Ibnu Mubarak berkata, jikalau berkata-kata pada taat Allah itu perak, maka diam daripada maksiat Allah itu adalah emas.




    Wednesday, February 23, 2011

    Sugi

    Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari (masuk waktu Zohor) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
    “ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
    (HR: Muslim)

    - Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.
    Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

    Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
    Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
       (HR: Baihaqi)
    Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
    (HR: Ahmad)

    Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

    Di antara kelebihan bersugi ialah :

            1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi."
    (HR: Muslim)
    2) Dapat menambahkan akal.
    3) Dapat mencerahkan mata.
    4) Melambatkan tumbuh uban .
    5) Dapat menggandakan pahala.
    6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
    Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.
    Di antara sebab-sebab solat orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .

    ( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )

    Friday, February 4, 2011

    Husnul Khatimah

    Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

    Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

    1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. 
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." 
    (HR: Hakim)

    2. Ketika wafat dahinya berkeringat. 
    Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya."

    (HR: Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

    3. Wafat pada malam Jumaat. 
    Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur."

    (HR: Ahmad)

    4. Mati syahid di dalam medan perang.

    5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

    Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

    Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

    Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"
    Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."

    (HR:Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

    6. Mati disebabkan penyakit kolera. 

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." 
    (HR: Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

    7. Mati kerana tenggelam.

    8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
    Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." 
    (HR: Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

    9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

    10. Mati terbakar.

    11. Mati kerana penyakit busung perut.
    Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." 
    (HR: Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

    12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
    Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." 
    (HR:Thabrani)

    13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
    "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." 
    (HR: Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

    14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
    "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

    15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. 
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

    16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. 
     
    Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.
     

    Monday, January 24, 2011

    15 Perkara

    Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

    "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
    1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
    3. Zakat dijadikan hutang
    4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
    5. Anak derhaka terhadap ibunya
    6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
    7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
    8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
    9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
    11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
    12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
    13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
    14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
    15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"


    (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

    Saturday, January 22, 2011

    Akhir Dunia

    *Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.*

    1)  Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b.  Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
    'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.'Baginda  menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis.'
    (HR: Bukhari)
    *~ dah jadi dah.*

    2)  Zina bermaharajalela.
    'Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka inilah kiamat akan  datang.'
    (HR: Muslim)
    *~ dah nampak dah sekarang.*

    3)  Bermaharajalela alat muzik.
    'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan & perubahan  muka'. Ada yang bertanya  kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? 'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi-penyanyi wanita'
    (HR:Ibnu Majah)
    *~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia, Anugerah Muzik.*

    4) Menghias masjid & membanggakannya.
    'Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam  mendirikan masjid'
    (HR: Nasai.)
    *~ memang dah nampak dah*

    5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
    'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'
    (HR:Ahmad dan Hakim)
    *~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu.*

    6)  Ramai orang soleh meninggal dunia.
    'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang  baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya  kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
    (HR: Ahmad)
    *~ boleh kira berapa para ulama' yang tinggal.*

    7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
    'Diantara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin  Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang  diapit oleh dua orang mulia'
    (HR: Thabrani)
    *~ kat mana-mana pun ada.*

    8)  Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
    'Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah  dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'
    (HR: Ahmad)
    *~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa.*

    9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya  telanjang.
    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. 'Diantara tanda-tanda telah hampir hari  kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'.
    (HR: Abu Hurairah)
    *~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string), pakaian ketat nampak segalanya*

    10)  Bulan sabit kelihatan besar.
    'Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari  kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'
    (HR:Thabrani)
    *~ tak caya gi tengok.*

    11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
    'Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu daripada mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
    (HR: Muslim)
    *~ Siaran TV, akhbar-akhbar harian & yang popular sekarang ni*

    12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
    'Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'
    (HR: Ahmad)
    *~ tengok kes-kes mahkamah yang tak sudah-sudah *

    13)  Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
    'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai'
    (HR: Muslim)
    *~cuaca dunia pun dah pelik-pelik dah sekarang*

    Tuesday, December 14, 2010

    Ajarlah anakmu bersolat

    "Suruhlah anak-anakmu bersembahyang
    Se Dari Umurnya Tujuh Tahun
    Bimbing Mereka Lakukan Kebaikkan
    Hidup dan Mati Kerana Tuhan"
    Begitulah bait-bait lirik nasyid tempatan yang mengingatkan para ibu bapa tentang tanggung jawab mengajar solat kepada anak-anak mereka. Suruhan ini terkandung dalam hadith Nabi s.a.w.
    "Suruhlah anak-anak kamu untuk mengerjakan solat, jika mereka telah mencapai usia 7 tahun. Pukullah mereka kerana meninggalkannya, jika mereka telah mencapai usia 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur."
    (HR: Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim)


    Kanak-kanak pada usia ini telah berada pada peringkat baligh dan remaja. Suruhan dan latihan ini adalah untuk membiasakan anak-anak mentaati perintah ALLAH. Ini adalah untuk mempersiapkan mereka supaya mempunyai asas ibadat yang kukuh sebelum memasuki alam dewasa.

    Pengenalan ibadat solat kepada anak-anak boleh lah bermula dengan mengenalkan anak-anak kecil mengenai azan, memberitahu mereka jika ada orang sedang solat berhampiran, membelikan sejadah kecil untuk mereka supaya mereka duduk bersama ibubapa dalam solat. Seterusnya jika mereka telah pandai membaca barulah diajar bacaan dalam solat.

    Bagi meneruskan usaha supaya mereka taat dalam bersolat, ibu bapa bolehlah berdoa seperti yang terdapat dalam Surah Ibrahim:


    "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
    (Surah Ibrahim: 40)

    Thursday, December 2, 2010

    Antara Ilmu dan Harta

    Nabi s.a.w bersabda; ertinya;

    Aku bendaharaan 'ilmu dan 'Ali pintunya.

    Orang-orang Khawarij telah mendengar hadith ini dan telah pergi menemui Saiyidina 'Ali dan bertanya ia "Hai 'Ali! 'Ilmu afdhalkah atau harta?' Maka berikut adalah jawapan yang telah diberikan oleh Saiyidina 'Ali;

    Ilmu afdhal daripada harta kerana;

    1. 'Ilmu itu pusaka anbiya', dan harta itu pusaka Qarun, Syadad dan Firaun dan seumpama mereka itu.
    2. 'Ilmu itu memelihara akan dikau dan harta engkau yang peliharakan dia.
    3. Empunya harta itu banyak seteru dan orang yang mempunyai 'ilmu itu banyak taulannya.
    4. Harta itu apabila engkau nafkahkan ia akan berkurang, dan 'ilmu itu apabila engkau nafkahkan ia akan bertambah.
    5. Empunya harta akan diseru dengan nama bakhil dan cela, manakala empunya 'ilmu diseru dengan nama besar dan mulia.
    6. Harta perlu diperlihara daripada pencuri, dan 'ilmu tiada dipeliharakan daripada pencuri.
    7. Empunya harta akan dihisab pada hari kiamat, dan empunya 'ilmu disyafa'atkan akan dia pada hari kiamat.
    8. Harta akan binasa dengan lamanya masa, dan 'ilmu tiada binasa dengan demikian itu.
    9. Harta mengeraskan hati dan 'ilmu menerangkan hati.
    10. Empunya harta mendakwakan ketuhanan sebab harta, dan empunya 'ilmu mendakwakan kehambaan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...