"Suruhlah anak-anakmu bersembahyangBegitulah bait-bait lirik nasyid tempatan yang mengingatkan para ibu bapa tentang tanggung jawab mengajar solat kepada anak-anak mereka. Suruhan ini terkandung dalam hadith Nabi s.a.w.
Se Dari Umurnya Tujuh Tahun
Bimbing Mereka Lakukan Kebaikkan
Hidup dan Mati Kerana Tuhan"
"Suruhlah anak-anak kamu untuk mengerjakan solat, jika mereka telah mencapai usia 7 tahun. Pukullah mereka kerana meninggalkannya, jika mereka telah mencapai usia 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur."
(HR: Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim)
Kanak-kanak pada usia ini telah berada pada peringkat baligh dan remaja. Suruhan dan latihan ini adalah untuk membiasakan anak-anak mentaati perintah ALLAH. Ini adalah untuk mempersiapkan mereka supaya mempunyai asas ibadat yang kukuh sebelum memasuki alam dewasa.
Pengenalan ibadat solat kepada anak-anak boleh lah bermula dengan mengenalkan anak-anak kecil mengenai azan, memberitahu mereka jika ada orang sedang solat berhampiran, membelikan sejadah kecil untuk mereka supaya mereka duduk bersama ibubapa dalam solat. Seterusnya jika mereka telah pandai membaca barulah diajar bacaan dalam solat.
Bagi meneruskan usaha supaya mereka taat dalam bersolat, ibu bapa bolehlah berdoa seperti yang terdapat dalam Surah Ibrahim:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
(Surah Ibrahim: 40)
No comments:
Post a Comment