*Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.*
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
(HR: Bukhari)
*~ dah jadi dah.*
2) Zina bermaharajalela.
2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'
(HR: Muslim)
*~ dah nampak dah sekarang.*
3) Bermaharajalela alat muzik.
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? 'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi-penyanyi wanita'
(HR:Ibnu Majah)
*~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik.*
4) Menghias masjid & membanggakannya.
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'
(HR: Nasai.)
*~ memang dah nampak dah*
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'
(HR:Ahmad dan Hakim)
*~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu.*
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
(HR: Ahmad)
*~ boleh kira berapa para ulama' yang tinggal.*
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Diantara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia'
(HR: Thabrani)
*~ kat mana-mana pun ada.*
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'
(HR: Ahmad)
*~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa.*
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. 'Diantara tanda-tanda telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
(HR: Abu Hurairah)
*~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string), pakaian ketat nampak segalanya*
10) Bulan sabit kelihatan besar.
10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'
(HR:Thabrani)
*~ tak caya gi tengok.*
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu daripada mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
(HR: Muslim)
*~ Siaran TV, akhbar-akhbar harian & yang popular sekarang ni*
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
(HR: Ahmad)
*~ tengok kes-kes mahkamah yang tak sudah-sudah *
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai'
(HR: Muslim)
*~cuaca dunia pun dah pelik-pelik dah sekarang*
No comments:
Post a Comment