Aku bendaharaan 'ilmu dan 'Ali pintunya.
Orang-orang Khawarij telah mendengar hadith ini dan telah pergi menemui Saiyidina 'Ali dan bertanya ia "Hai 'Ali! 'Ilmu afdhalkah atau harta?' Maka berikut adalah jawapan yang telah diberikan oleh Saiyidina 'Ali;
Ilmu afdhal daripada harta kerana;
- 'Ilmu itu pusaka anbiya', dan harta itu pusaka Qarun, Syadad dan Firaun dan seumpama mereka itu.
- 'Ilmu itu memelihara akan dikau dan harta engkau yang peliharakan dia.
- Empunya harta itu banyak seteru dan orang yang mempunyai 'ilmu itu banyak taulannya.
- Harta itu apabila engkau nafkahkan ia akan berkurang, dan 'ilmu itu apabila engkau nafkahkan ia akan bertambah.
- Empunya harta akan diseru dengan nama bakhil dan cela, manakala empunya 'ilmu diseru dengan nama besar dan mulia.
- Harta perlu diperlihara daripada pencuri, dan 'ilmu tiada dipeliharakan daripada pencuri.
- Empunya harta akan dihisab pada hari kiamat, dan empunya 'ilmu disyafa'atkan akan dia pada hari kiamat.
- Harta akan binasa dengan lamanya masa, dan 'ilmu tiada binasa dengan demikian itu.
- Harta mengeraskan hati dan 'ilmu menerangkan hati.
- Empunya harta mendakwakan ketuhanan sebab harta, dan empunya 'ilmu mendakwakan kehambaan.
No comments:
Post a Comment