(Surah Al-A'raf:172)
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
Selain itu, amalan berdoa merupakan satu lagi usaha yang dianjurkan. Doa ibu bapa kepada anaknya disabdakan oleh Rasulullah saw (HR: At-Tirmizi) sebagai antara tiga doa yang paling mustajab. Dengan berdoa, ibu bapa menumpahkan harapan kepada Allah swt agar anak-anak menjadi insan yang berguna dan berada dalam perindungan Allah swt.
Antara doa-doa yang dianjurkan:
1. Doa patuh kepada Allah
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah
(Surah Al-Baqarah:128)
2. Doa diberi anak yang baik
Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".
(Surah Al-Imran:38)
3. Doa mendapat zuriat yang menyenangkan hati
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al-Furqan: 74)
4. Doa supaya anak tetap mengerjakan solat
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim:40)
5. Doa untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan
Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."
(Surah Al-Imran:36)
Setelah kelahiran bayi ibu bapa akan memberikan nama untuk anak mereka. Disunatkan nama diberikan kepada bayi dalam masa tujuh hari dari kelahirannya sebagaimana telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban. Anak-anak haruslah diberikan dengan nama yang baik kerana nama inilah yang akan dipegang hingga ke akhir hayat mereka.
Afrina Hannan Hisyam
Permata hati kami ini telah selamat dilahirkan pada 9 April 2009 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 6.30 petang secara emergency LSCS.
Afrina adalah gelaran yang membawa maksud yang putih kemerah-merahan. Manakala Hannan bermaksud "kasih sayang" yang menjadi pengukuh kasih sayang antara ummi dan abi.
Afrina Hannan Hisyam
Permata hati kami ini telah selamat dilahirkan pada 9 April 2009 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 6.30 petang secara emergency LSCS.
Afrina adalah gelaran yang membawa maksud yang putih kemerah-merahan. Manakala Hannan bermaksud "kasih sayang" yang menjadi pengukuh kasih sayang antara ummi dan abi.
No comments:
Post a Comment