Monday, January 24, 2011

15 Perkara

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
  15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"


(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Saturday, January 22, 2011

Akhir Dunia

*Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.*

1)  Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.'Baginda  menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis.'
(HR: Bukhari)
*~ dah jadi dah.*

2)  Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka inilah kiamat akan  datang.'
(HR: Muslim)
*~ dah nampak dah sekarang.*

3)  Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan & perubahan  muka'. Ada yang bertanya  kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? 'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi-penyanyi wanita'
(HR:Ibnu Majah)
*~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia, Anugerah Muzik.*

4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam  mendirikan masjid'
(HR: Nasai.)
*~ memang dah nampak dah*

5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'
(HR:Ahmad dan Hakim)
*~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu.*

6)  Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang  baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya  kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
(HR: Ahmad)
*~ boleh kira berapa para ulama' yang tinggal.*

7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Diantara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin  Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang  diapit oleh dua orang mulia'
(HR: Thabrani)
*~ kat mana-mana pun ada.*

8)  Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah  dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'
(HR: Ahmad)
*~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa.*

9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya  telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. 'Diantara tanda-tanda telah hampir hari  kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'.
(HR: Abu Hurairah)
*~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string), pakaian ketat nampak segalanya*

10)  Bulan sabit kelihatan besar.
'Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari  kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'
(HR:Thabrani)
*~ tak caya gi tengok.*

11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu daripada mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
(HR: Muslim)
*~ Siaran TV, akhbar-akhbar harian & yang popular sekarang ni*

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'
(HR: Ahmad)
*~ tengok kes-kes mahkamah yang tak sudah-sudah *

13)  Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai'
(HR: Muslim)
*~cuaca dunia pun dah pelik-pelik dah sekarang*

Monday, January 17, 2011

Jangan Kamu Marah!

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:" Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:" Jangan kamu marah.."
 
(HR: Al-Bukhari)

Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan." Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. 

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. 

Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. 

Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.
 
IMAM Syafie ada menegaskan: "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya."

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2.
Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3.
Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4.
Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5.
Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6.
Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7.
Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8.
Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9.
Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10.
Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11.
Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda. 


Hukum Melintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Solat

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Solat
Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN."

dan menurut hadis yang lain,
"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN." 
(HR: Bukhari & Muslim)

Disunatkan kepada setiap orang yang hendak solat untuk membuat batas tempat solatnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat solat. Maksudnya supaya ketika solat tidak ada orang yang lalu di hadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK.

Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang solat itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN solatnya dan dalam solat BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang.

Thursday, January 13, 2011

Nasihat Umamah binti Al-Harith

Nasihat ini ditujukan oleh Umamah binti Al-Harith kepada puterinya pada hari pernikahan puterinya.

Wahai puteriku,
Kini, engkau telah meninggalkan rumah tempat engkau dibesarkan ke alam yang serba baru bagimu bersama pasangan yang sebelumnya engkau tidak mengenalinya.
Maka sejak hari ini, engkau telah menjadi milik seseorang.  Jadilah engkau sebaik – baik pelayannya, nescaya ia akan menjadi hamba bagimu.
 
Wahai puteriku,
Jaga sepuluh perkara yang akan kuberikan kepadamu, nescaya akan menjadi kekayaan berharga dan kenangan bagimu.
 
Pertama dan kedua,
Temanilah suamimu dengan sifat qana’ah (apa adanya) dan dengar serta patuhilah perintahnya. 
Sesungguhnya dengan sifat qana’ah, hatimu akan tenang.  Dan mendengar serta patuh kepadanya, engakau akan mendapatkan redha daripada Rabb-mu.
 
Ketiga dan keempat,
Jagalah hidung dan matanya.  Jangan sampai matanya melihat pada dirimu sesuatu yang tidak menyenangkannya.  Atau pun hidungnya mencium darimu, kecuali bau yang harum.
 Maka celak adalah sebaik – baik hiasan mata dan air cukup untuk menghilangkan bau.
 
Kelima dan keenam,
Ingatlah waktu makannya dan tenanglah ketika tidurnya.
Sebab biasanya rasa lapar akan dapat membakar amarah.  Sedangkan kurang tidur akan menimbulkan emosi.
 
Ketujuh dan kelapan
Hormati dan pelihara keluarga, anak – anak dan hartanya.
Jika engkau dapat menjaga hartanya, pastilah engkau akan mendapatkan kehormatannya.  Jika engkau menjaga hak keluarga dan anak – anaknya maka akan membuatnya bersikap baik kepadamu.
 
Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan sampai engkau membocorkan rahsianya dan menentang perintahnya.  Jika engkau membocorkan rahasianya, jangan harap engkau selamat dari pembalasannya.  Jika engkau menentang perintahnya maka engkau akan membuat dadanya bergejolak.
Kemudian janganlah engkau bergembira ketika ia sedih ataupun bersedih ketika ia sedang bergembira.
Sebab, yang pertama adalah wujud kurangnya perhatianmu.  Dan yang kedua akan mengeruhkan hubunganmu dengannya.  Usahakan sedaya mungkin untuk menghormatinya nescaya dia akan memberikan penghormatan untukmu.
 
Seperti itu pula, jadilah engkau sahabat yang paling setia padanya, pastilah dia akan berbuat serupa terhadapmu. Ketahuilah wahai puteriku, bahawa engkau mustahil mendapatkan cintanya sampai dirimu rela untuk mengalah dan mengutamakan apa yang diinginkannya daripada harus mengikuti apa yang engkau inginkan.
 
Semoga Allah selalu memberikan kebaikannya kepadamu dan menjagamu.

Wallahualam

Sunday, January 9, 2011

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.  

Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Friday, January 7, 2011

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat


Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya.  Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" 
(Surah Al Anbiyaa': 26-28)



Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat : 
  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.  Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (Hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
  2. Orang yang duduk menunggu solat.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia.  Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)
  3. Orang-orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat.  Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
  4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).  Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
  5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
  7. Orang - orang yang melakukan solat sbuh dan 'ashar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.  Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.  Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahawasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)
  9. Orang - orang yang berinfak.  Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'.  Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
  10. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
  11. Orang yang menjenguk orang sakit.  Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga senja dan di waktu malam kapan hingga subuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
  12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.  Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.  Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Keberkatan Surah Yaasiin

Dari Dr. Fatma ElZahraa

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat  ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau menganiaya kita.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad, kita  orang Islam.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati  yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba. Tiupan ke-dua - Hancur. Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang  menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada  air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.  Caranya:  Sembahyang Tahajjud (3x)  berturut-turut, Baca pada air (100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

 Wallahualam.

Thursday, January 6, 2011

Jenis-jenis wanita

Pesanan Imam Al-Ghazali tentang wanita...

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam ini, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Monday, January 3, 2011

Kehidupan berkeluarga Rasulullah contoh terbaik

Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang).” 
(Surah al-Ahzab: 21)

Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan.

Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” 
(HR: Ahmad Ibnu Hibban)

Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan: 
 
“Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” 
(HR: Bukhari)
 
Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas pernah mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.

Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata.

Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. 
 
Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain.

Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu.

Rasulullah SAW adalah bapa penyayang. Acap kali apabila Baginda melihat Fatimah masuk ke rumahnya, Baginda terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangan.

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab Baginda amat sayang kepada Fatimah. Baginda menegaskan, “Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui mengenai Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia membenciku, dan sesiapa yang membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”

Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya. Selaku anak, Fatimah mencintai ayahandanya lebih daripada cintanya kepada sesiapa pun.

Selepas ibunya Khadijah meninggal dunia, dia yang baru berusia enam tahun yang merawat Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya.

Justeru, Rasulullah memanggilnya dengan jolokan Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya, kerana kasih sayang dan pengorbanan mulia yang dicurahkan kepada ayahandanya.

Memiliki sebuah keluarga harmoni memerlukan ikatan yang mesra bukan saja dengan anak dan isteri, malah menantu juga. Demikianlah ditunjukkan Rasulullah SAW. Contoh paling baik ialah melalui kehidupan Ali sebagai menantu Baginda.

Ali sebagai menantu Rasulullah SAW turut sama menyingsing lengan membantu Fatimah menggiling tepung di dapur. Usaha sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam mengambil hati seorang isteri yang saban hari bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga.

Bukan Sayidina Ali tidak mahu menyediakan pembantu untuk isterinya itu, namun beliau tidak mampu berbuat demikian. Fatimah amat memahami keadaan suaminya dan beliau sentiasa berusaha membahagiakan suaminya.

Contoh kasih sayang datuk terhadap cucunya boleh dilihat daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu kesayangan iaitu Hassan dan Hussin, anak Siti Fatimah dan suaminya Saidina Ali.

Rasulullah SAW bukan saja sentiasa membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah apabila cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Baginda juga apabila keluar rumah, selalu membawa cucunya bersama.

Baginda selalu meriba mereka. Pernah ketika Baginda sedang sujud dalam solat, cucu Baginda duduk di atas belakang Baginda sehinggakan Baginda sujud agak lama. Baginda juga selalu bermain kuda-kuda dengan cucunya.

Sunday, January 2, 2011

Qada Solat

Solat fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran. 
 
Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: 

“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur. Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat. Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: 

“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” 
(Surah Tahaa:14 ), (HR: Ibn Majah).

 
Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat. 

Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. 
(HR: Muslim)


Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
 
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144). 

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar. 

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya. 

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

Jika mengharap supaya Allah s.w.t mengampun dosa meninggalkan solat wajib disertakan qada seperti mana yang disebut oleh Saidina Ali bin Abi Talib mengenai taubat.Beliau menyebut enam perkara yang menjadikan taubat itu benar: menyesal terhadap perbuatan yang lepas, berazam tidak akan kembali kepada kancah maksiat, mengembalikan hak orang yang dizalimi, meminta halal pemilik barang sekiranya diambil tanpa izin pemiliknya, melangsaikan ibadat fardu yang tertinggal, mendidik diri dalam mentaati Allah s.w.t seperti mana dididik berbuat maksiat kepada Allah. 

Solat itu adalah tiang agama pelihara ia nescaya kita dipelihara Allah. Bagi sesetengah orang solat fardu pun sudah cukup berat ditunaikan inikan pula mengqada yang tertinggal, pasti sukar. Oleh yang demikian jangan sekali-kali bersikap malas atau alpa daripada solat.

Allah berfirman yang bermaksud, (Kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang, (iaitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. 
(Surah Al-Maa’un:4- 5).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...